--> Blogger Widgets

STUDIO SENI

Monday, 24 September 2012

MENGAPA AKU JADI CIKGU!!!!!!!!

 

 10 SEBAB MENGAPA AKU JADI CIKGU…..
                           
a.     Pekerjaan guru merupakan satu ibadah
       Ketahuilah wahai semua pembaca sekalian. Tugas seorang guru itu ialah menyampaikan ilmu. Setiap ilmu yang disampaikan oleh seorang guru ialah ilmu yang berkait dengan duniawi dan akhirat. Maka sesiapa yang menyampaikan ilmu yang baik-baik, dia telah menempah tiket ke syurga. Jika seorang guru mengajar 100 orang anak murid sehari, maka dia menempah 100 tiket ke syurga setiap hari. Jadi, kita hitunglah sendiri berapa tiket kita akan dapat dalam seminggu, sebulan, setahun dan seterusnya hingga tak cukup jari kaki tangan…hehehe

b.    Pekerjaan Guru memerlukan kita berada 100 langkah di hadapan.
       Tidak percaya? Tanyalah semua guru. Setiap Buku Rekod Mengajar perlu ditulis Rancangan Pengajaran Tahunan(RPT) untuk setahun sebelum kita mula mengajar pada tahun berikutnya. Oleh itu jangan marah kalau aku katakana bahawa, setiap orang guru akan berada 100 langkah di hadapan orang lain setiap hari. Para gurulah yang akan ingat hari ini berapa haribulan kerana setiap guru perlu menyediakan takwim PDP masing-masing. PDP tu apa benda pula? PDP ialah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru dalam setiap kelas. Oleh itu, jika aku memilih pekerjaan sebagai guru aku akan berada 100 langkah di hadapan orang yang bukan guru. Ada yang marah dengan kenyataan aku? Hakikat tidak dapat ditidakkan…

c.     Kehidupan Guru Penuh Dengan Jadual
Bukan aku kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual. Tetapi kalau memilih profesion kecikguan, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Setiap guru ditentukan kelas yang akan diajarnya, mata pelajaran yang akan diajarnya dan bilik-bilik yang akan dimasukinya sudah ditetapkan oleh pihak pengurusan berdasarkan opsyen mereka. Jadi guru-guru ini sudah terlatih dan tidak perlukan training macam sektor pekerjaan lain.

d.     Senang Mengurus Keluarga
Apabila sudah berkahwin, seseorang guru itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna kerana dapat menyediakan sarapan pagi, memasak untuk tengahari dan dapat menyediakan minum petang dan makan malam. Anak-anak pun akan terurus kerana ibu-ibu yang bekerja sebagai cikgu dapat mengetahui apa-apa pekeliling dan aktiviti yang berlaku mengikut bulan kerana masing-masing sudah maklum akan takwim Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

e.     Guru Mempunyai Sikap Dedikasi, Komited dan Komitmen.
Kehidupan seorang guru hanya melibatkan sekolah dan tempat-tempat kerjanya sahaja.  Biasanya setiap orang guru wajib mempunyai sikap berdedikasi, komited dan memberikan komitmen terhadap kerjaya mereka. Hai ini adalah kerana mereka berurusan dengan ‘manusia’ yang mempunyai pelbagai ragam  dan rencam serta sangat kompleks. Bukan apa, ibu bapa dan penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus menjadi 'baby sitter' kepada anak-anak mereka. Anak-anak ini pula perlukan lebih perhatian. Kalau boleh mereka mahu seorang guru seorang murid. Oleh itu, setiap orang cikgu mahu atau tidak, suka atau tidak, perlu memberi sepenuh perhatian terhadap murid-murid daripada pelbagai latar belakang yang berbeza agama, bangsa, budaya dan adat resam ini.

f.     Pekerjaan Guru Sebagai Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Pakar psikologi pun ada tekanan. Pendek kata semua orang akan mengalami tekanan. Tetapi bagaimana cara kita menguruskan tekanan? Adakah kita dapat menguruskan diri kalau tertekan? Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan. Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin kurang baik, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini. Sekarang ini wujud Latihan Dalam Perkhidmatan hanaya dengan membaca beberapa buah buku dan selepas itu kita bentangkan. Ini merupakan cara melepaskan tekanan yang paling hebat. Apa tidaknya. Kita pasti akan membaca buku-buku berkaitan pengurusan stress. Bagus bukan?
g.     Pekerjaan Sebagai Guru  Banyak Cuti
Faktor ini yang semua orang suka sangat dengan kerjaya guru termasuk aku. Awal tahun sudah merancang cuti persekolahan. Cuti bulan Mac pergi makan angin ke Kota Kinabalu. Cuti bulan Mei, balik kampung. Cuti raya balik kampung lagi walaupun aku sudah beranak pinak. Cuti hujung tahun balik kampung lagi dan sambung cuti-cuti Malaysia. Pada masa cutilah aku dapat berkumpul dengan keluarga. Siapa yang kata jadi cikgu tak seronok? Pengalaman peribadi aku, setiap kali cuti, wajah anak-anak aku akan ceria lebih daripada sinaran matahari pagi. Kenapa? Sebab dapat pergi ke tempat-tempat peranginan yang mereka tak pernah pergi. Tapi sampai tahun ini, semua negeri di Malaysia anak-anak sudah pergi. Nak bawa mereka ke luar Negara? Tak mampu lagi…hehehe
h.     Penampilan Seorang Guru.
Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai paras rupa yang unik. Cuma cara manusia menampilkan dirinya di khalayak menyebabkan ada yang nampak menarik, tertarik dan sebagainya  Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa ratus pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? Maka apabila memilih profesion keguruan, secara tidak langsung setiap orang atau wanita akan menjaga penampilan mereka daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Seronok, kan! sebab kita belajar jadi model untuk anak-anak murid kita.....hahaha
i.     Gelaran Guru Kekal Hingga Mati
       Gelaran ini yang paling aku suka. Walaupun seseorang guru itu berumur 30-an, 40-an, 50-an, mereka  tetap dipanggil ‘CIKGU’. Kalau aku memilih profesion lain, apabila umur 30-an, budak-budak akan panggil kakak, kalau umur 40-an, budak-budak akan panggil makcik dan kalau umur 50-an, budak-budak akan panggil nenek…huhuhu…kesiannnn. Tetapi apabila memilih profesion keguruan, gelaran cikgu aku sandang sampai mati. Bila orang bertanya, "Cikgu, boleh datang ke rumah saya...Cikgu, boleh tolong saya.....Cikgu, anak saya sakit....Cikgu,..bla bla bla..." hinggalah aku mati...tidak akan ada orang nak panggil, "Makcik, datang rumah,,,,,Makcik anak saya,,,,bla bla bla...".
j.     Lelaki suka memilih calon isteri daripada golongan guru….hehehe
       Kerjaya seorang guru merupakan kerjaya yang paling disukai oleh lelaki yang sedang encari calon isteri. Benarkah? Tanya suami anda yang bekerja mengapa mereka memilih anda sebagai isteri. Pengalaman sendiri lagiii…Suami aku memilih aku sebagai isteri kerana AKU SEORANG GURU…..hahaha dan ada juga tambahannya….SEBAB SUAMI AKU JUGA MENCINTAI AKU….hehehe


Jadi ingatlah kawan-kawan seperjuangan bekerjalah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Semoga kehidupan kita sentiasa diberkatiNYA hingga akhir hayat.

Nukilan....lela SKDB
Posted by LEENA STUDIO SENI at 23:51 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by LEENA STUDIO SENI at 08:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 23 September 2012

Posted by LEENA STUDIO SENI at 02:30 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by LEENA STUDIO SENI at 02:18 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 22 September 2012

PESTA FLORA PUTRAJAYA


 
LAPORAN PERTANDINGAN SENI KREATIF
“FLORAL BOUQUET AND COLLAGE COMPETITION
PERTANDINGAN MEWARNA “
28 HB JUN 2012

 
ANJURAN:
PERBADANAN PUTRAJAYA
DISEDIAKAN OLEH;
PN NORAZLINA BINTI ABDUL HAMID
GURU PEMBIMBING PASUKAN ELIT
SEK.KEB BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

     
LAPORAN  PERTANDINGAN  MEWARNA,FLORAL BOUQUET  DAN COLLAGE SEMPENA FESTIVAL BUNGA & TAMAN  PUTRAJAYA 2012
      1.0   Pengenalan
Festival  Bunga dan Taman Putrajaya 2012 merupakan kali kelima   di mana pada tahun ini temanya adalah “Bunga Kertas Tetap Menawan”.

2.0   Objektif

Mencetus pelbagai idea dan rekabentuk taman yang unik dan kompetitif  berorientasikan bunga-bungaan di mana pelajar-pelajar diberi pendedahan untuk mengenali spesis-spesis bunga kertas(Bougainvilla) dan menghasilkan rekacipta yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya dalam pelbagai bidang kesenian yang dipertandingkan.

3.0  Acara Pertandingan

Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang telah mengambil bahagian dalam 3 acara beserta dengan guru-guru pengiring.(Lampiran Senarai Peserta ).
       
        3.1  Pertandingan Mewarna             20 Jun 2012
        3.2 Pertandingan Floral Bouquet     28 Jun 2012
        3.3 Pertandingan Collage                 28 Jun 2012

4.0  Kos Perbelanjaan

Jumlah kos perbelanjaan bagi pertandingan  yang disertai adalah berjumlah RM 600.00 bagi 2 acara sahaja iaitu Pertandingan Floral Bouquet ( 2 team) dan Pertandingan Collage ( 2 team). Kos perbelanjaan adalah untuk pembelian bunga-bungaan dan segala peralatan gubahan bunga serta tampalan bunga-bunga kering dan alatan perkaitan dengan Kolaj.Sumber kewangan diperolehi oleh Sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG SKBTK).

5.0 Perjalanan Pertandingan  

Pertandingan Collage ( Team A) telah berjaya memenangi “Gold Award” peringkat Primary School.Team ini telah menggunakan tema “An Evening With Bougainvilla 2012”.Kumpulan ini diwakili oleh      Puan Norazlina Bt Abdul Hamid (Guru Penyelaras) dan 4 orang murid Tahun 6.
                         


 
6.0 Majlis Penyampaian Hadiah
Majlis  Penyampaian Hadiah kepada Team A ( Pertandingan Collage) Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang kerana telah meraih “Anugerah Emas” bagi pertandingan di bawah  kategori Primary School Collage telah berlangsung pada
              Tarikh   :   7 hb Julai 2012 ( Sabtu)
               Masa     :  9.00 pagi
               Tempat :  Pentas Utama Floria,Persisiran Tasik Presint 2,
                               Putrajaya.
              Disampaikan oleh : YBhg Tan Sri Samsuddin Osman
                                   Presiden Perbadanan Putrajaya



7.0  Sesi Penggambaran Aktiviti Pertandingan
Penglibatan Guru-guru  dan murid-murid SKBTK dalam pertandingan Floria 2012 .





Rumusan
Harapan Warga Sekolah Bandar Teknologi Kajang terutamanya Guru Besar  iaitu Encik Mustaffa Kamal Bin Haji Jamlus agar tahun depan sekolah akan memasuki lebih banyak lagi acara untuk dipertandingkan dengan semangat dan komitmen yang lebih baik serta membawa beberapa lagi pingat dan anugerah emas untuk menaikkan nama sekolah kita.

Disediakan oleh;                                       Disahkan;

(NORAZLINA ABDUL HAMID)
Penyelaras Pertandingan FLORIA
Posted by LEENA STUDIO SENI at 10:27 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)



popular post

  • Rekaan dan corak
                   Ik atan dan celupan Proses Ikat Celup contoh corak ikat celup Jenis ikatan 1. Jahitan 2. Ikatan yang diisik...
  • PESTA FLORA PUTRAJAYA
      LAPORAN PERTANDINGAN SENI KREATIF “FLORAL BOUQUET AND COLLAGE COMPETITION PERTANDINGAN MEWARNA “ 28 HB JUN 2012   A...
  • (no title)
    Kraf tradisional PENDIDIKAN SENI VISUAL Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual terdapat empat bidang iaitu: 1.  Melukis dan me...
  • LAMAN UTAMA
    Assalamualaikum, Terima kasih kerana mengunjungi blog kami ini. Ini percubaan kami bersama membina blog bertujuan memberi panduan  dan ...
  • (no title)
    KRAF TRADISIONAL BATIK Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin ba...
  • Pengajaran dan pembelajaran minggu ini............
    Assalamualaikum rakan-rakan PSV...... Hari ini saya ada upload P&P minggu ini. Ada banyak peristiwa yang berlaku sepanjang min...
  • (no title)
  • (no title)
    Ini adalah blog yang dicipta oleh kami berdua untuk assignment semester lapan. Kami berdua merupakan sahabat baik dari mula perkenalan kami.
  • (no title)
    KRAF TRADISIONAL BATIK   Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin ...
  • MENGAPA AKU JADI CIKGU!!!!!!!!
        10 SEBAB MENGAPA AKU JADI CIKGU …..                             a.     Pekerjaan guru merupakan satu ibadah        Ketahuilah ...

About Me

My Photo
LEENA STUDIO SENI
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (16)
    • ►  October (6)
    • ▼  September (10)
      • MENGAPA AKU JADI CIKGU!!!!!!!!
      • No title
      • No title
      • No title
      • PESTA FLORA PUTRAJAYA
      • Pengajaran dan pembelajaran minggu ini............
      • KRAF TRADISIONAL BATIK  Perkataan batik merujuk k...
      • Kraf tradisional PENDIDIKAN SENI VISUAL Dalam...
      • LAMAN UTAMA
      • Rekaan dan corak

Followers

Watermark theme. Powered by Blogger.