LAPORAN PERTANDINGAN SENI KREATIF
“FLORAL BOUQUET AND COLLAGE COMPETITION
PERTANDINGAN MEWARNA “
28 HB JUN 2012
ANJURAN:
PERBADANAN PUTRAJAYA
DISEDIAKAN OLEH;
PN NORAZLINA BINTI ABDUL HAMID
GURU PEMBIMBING PASUKAN ELIT
SEK.KEB BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
LAPORAN
PERTANDINGAN MEWARNA,FLORAL
BOUQUET DAN COLLAGE SEMPENA FESTIVAL
BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA 2012
1.0 Pengenalan
Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2012 merupakan kali
kelima di mana pada tahun ini temanya
adalah “Bunga Kertas Tetap Menawan”.
2.0 Objektif
Mencetus pelbagai idea dan
rekabentuk taman yang unik dan kompetitif
berorientasikan bunga-bungaan di mana pelajar-pelajar diberi pendedahan
untuk mengenali spesis-spesis bunga kertas(Bougainvilla) dan menghasilkan rekacipta
yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya dalam pelbagai bidang kesenian
yang dipertandingkan.
3.0 Acara Pertandingan
Sekolah Kebangsaan Bandar
Teknologi Kajang telah mengambil bahagian dalam 3 acara beserta dengan
guru-guru pengiring.(Lampiran Senarai Peserta ).
3.1 Pertandingan Mewarna 20 Jun 2012
3.2
Pertandingan Floral Bouquet 28 Jun
2012
3.3
Pertandingan Collage 28
Jun 2012
4.0 Kos Perbelanjaan
Jumlah kos perbelanjaan bagi
pertandingan yang disertai adalah
berjumlah RM 600.00 bagi 2 acara sahaja iaitu Pertandingan Floral Bouquet ( 2
team) dan Pertandingan Collage ( 2 team). Kos perbelanjaan adalah untuk
pembelian bunga-bungaan dan segala peralatan gubahan bunga serta tampalan
bunga-bunga kering dan alatan perkaitan dengan Kolaj.Sumber kewangan diperolehi
oleh Sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG SKBTK).
5.0 Perjalanan Pertandingan
Pertandingan Collage ( Team A)
telah berjaya memenangi “Gold Award” peringkat Primary School.Team ini telah
menggunakan tema “An Evening With Bougainvilla 2012”.Kumpulan ini diwakili oleh Puan Norazlina Bt Abdul Hamid (Guru
Penyelaras) dan 4 orang murid Tahun 6.
6.0
Majlis Penyampaian Hadiah
Majlis Penyampaian Hadiah kepada Team A (
Pertandingan Collage) Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang kerana telah
meraih “Anugerah Emas” bagi pertandingan di bawah kategori Primary School Collage telah
berlangsung pada
Tarikh : 7 hb Julai 2012 ( Sabtu)
Masa :
9.00 pagi
Tempat : Pentas Utama Floria,Persisiran Tasik Presint
2,
Putrajaya.
Disampaikan oleh : YBhg Tan Sri
Samsuddin Osman
Presiden Perbadanan Putrajaya
7.0 Sesi Penggambaran Aktiviti Pertandingan
Penglibatan Guru-guru dan murid-murid SKBTK dalam pertandingan
Floria 2012 .
Rumusan
Harapan Warga Sekolah Bandar
Teknologi Kajang terutamanya Guru Besar
iaitu Encik Mustaffa Kamal Bin Haji Jamlus agar tahun depan sekolah akan
memasuki lebih banyak lagi acara untuk dipertandingkan dengan semangat dan
komitmen yang lebih baik serta membawa beberapa lagi pingat dan anugerah emas
untuk menaikkan nama sekolah kita.
Disediakan oleh;
Disahkan;
(NORAZLINA ABDUL HAMID)
Penyelaras Pertandingan FLORIA
No comments:
Post a Comment