--> Blogger Widgets

STUDIO SENI

Tuesday, 18 September 2012

KRAF TRADISIONAL BATIK

 Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik.

 Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara.

 

Jenis-Jenis Batik

Batik Blok
Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.


 

Batik Canting

 Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif.

 
Batik Skrin
Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.
Posted by LEENA STUDIO SENI at 23:43
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)



popular post

  • Rekaan dan corak
                   Ik atan dan celupan Proses Ikat Celup contoh corak ikat celup Jenis ikatan 1. Jahitan 2. Ikatan yang diisik...
  • PESTA FLORA PUTRAJAYA
      LAPORAN PERTANDINGAN SENI KREATIF “FLORAL BOUQUET AND COLLAGE COMPETITION PERTANDINGAN MEWARNA “ 28 HB JUN 2012   A...
  • (no title)
    Kraf tradisional PENDIDIKAN SENI VISUAL Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual terdapat empat bidang iaitu: 1.  Melukis dan me...
  • LAMAN UTAMA
    Assalamualaikum, Terima kasih kerana mengunjungi blog kami ini. Ini percubaan kami bersama membina blog bertujuan memberi panduan  dan ...
  • (no title)
    KRAF TRADISIONAL BATIK Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin ba...
  • Pengajaran dan pembelajaran minggu ini............
    Assalamualaikum rakan-rakan PSV...... Hari ini saya ada upload P&P minggu ini. Ada banyak peristiwa yang berlaku sepanjang min...
  • (no title)
  • (no title)
    Ini adalah blog yang dicipta oleh kami berdua untuk assignment semester lapan. Kami berdua merupakan sahabat baik dari mula perkenalan kami.
  • (no title)
    KRAF TRADISIONAL BATIK   Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin ...
  • MENGAPA AKU JADI CIKGU!!!!!!!!
        10 SEBAB MENGAPA AKU JADI CIKGU …..                             a.     Pekerjaan guru merupakan satu ibadah        Ketahuilah ...

About Me

My Photo
LEENA STUDIO SENI
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (16)
    • ►  October (6)
    • ▼  September (10)
      • MENGAPA AKU JADI CIKGU!!!!!!!!
      • No title
      • No title
      • No title
      • PESTA FLORA PUTRAJAYA
      • Pengajaran dan pembelajaran minggu ini............
      • KRAF TRADISIONAL BATIK  Perkataan batik merujuk k...
      • Kraf tradisional PENDIDIKAN SENI VISUAL Dalam...
      • LAMAN UTAMA
      • Rekaan dan corak

Followers

Watermark theme. Powered by Blogger.